Monday, 20 October 2014

Pindaan Takwim / Perubahan Tarikh Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2014

Pindaan Takwim / Perubahan Tarikh Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2014 oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) melalui Surat Siaran bilangan 25 tahun 2013. Pembetulan dam Cadangan Tarikh Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Tahun 2014 adalah pindaan kepada lampiran surat siaran KPM bilangan 24 tahun 2013 Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti tahun 2014 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. 

 

Pindaan Takwim Tarikh Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2014;

  • Kumpulan A - Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu.
  • Kumpulan B - Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad.


Pindaan Takwim dan Pembetulan Tarikh Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Deepavali Tahun 2014.


WEB BARU SK. ST. EDMUND (M):  
http://www.stedmundkb.wordpress.com

Wednesday, 8 October 2014

BORANG TUNTUTAN BANTUAN PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015


Untuk makluman, Borang Tuntutan Persekolahan (PCG & Asrama) bagi tahun 2015 menggunakan data bilangan pelajar pada 1 Oktober 2014

Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah memastikan segala maklumat yang dihantar adalah betul dan tepat. Pihak JPN tidak akan membuat sebarang pindaan atau pembetulan ke atas tuntutan yang telah disahkan oleh pihak sekolah.


Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut;
  1. Data EMIS/APDM/Buku Kedatangan Murid pada 1hb Oktober 2014.
  2. Data SMA pada 1hb Oktober 2014 (Asrama).
  3. Senarai nama pelajar asrama mengikut kategori yuran makan.
  4. Sesalinan Surat Setuju Terima tender membekal makanan bermasak ke asrama sekolah oleh KPM.
  5. Sesalinan Penyata Bank terkini ( KWK dan KWA ).

Untuk muat turun Borang Tuntutan sila klik pautan bawah;

BORANG TUNTUTAN PCG SK

BORANG TUNTUTAN PCG SMK




WEB BARU SK. ST. EDMUND (M):  
http://www.stedmundkb.wordpress.com

Thursday, 6 March 2014

LAMAN WEB BARU SK ST EDMUND KB

Untuk makluman tuan/puan pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk membuat laman web yang baru khusus untuk sekolah ini. Alamat laman  web baru tersebut adalah seperti berikut :

http://www.stedmundkb.wordpress.com

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Sunday, 2 March 2014

CONTOH LABEL FAIL

Contoh Label Fail. Sila klik 'link' di bawah untuk download.

Contoh Label Fail

Sila gunakan Foxit Reader untuk proses editing.

Sekian, terima kasih.

Thursday, 27 February 2014

SURAT EDARAN MAKLUMAN PROGRAM KELAS TAMBAHAN MURID TAHUN 6 2014

Bersama-sama ini di'attach'kan Surat Edaran tersebut untuk makluman semua ibubapa/penjaga murid tahun 6 2014.

Surat Edaran Kelas Tambahan Tahun 6

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 19 February 2014

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2014

Makluman Kepada
SEMUA AJK PIBG
SK St.Edmund(M), Kota Belud,
Sabah.

Untuk makluman pihak tuan/puan Mesyuarat AJK Persatuan PIBG SK St.Edmund(M) kali pertama akan diadakan seperti pada ketetapa yang berikut  :

TARIKH    :  20/02/2014 (Khamis)
MASA        :  2.30 Petang
TEMPAT   :  SK St. Edmund(M), Kota Belud

Agenda  :
  1. Ucapan Guru Besar
  2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
  3. Pengesahan Minit
  4. Penentapan Tarikh Mesyuarat Agung PIBG
  5. Penetapan Tarikh Gotong-royong SERASI
  6. Kewangan /Yuran PIBG
  7. Hal-hal Lain.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.